1. PENGENALAN
Setiap masa dan
setiap hari kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan tidak kira di mana
kita berada samada di rumah, di tempat kerja, semasa bermain atau semasa berada
di kedai runcit. Penyelesaian masalah merupakan satu seni kerana tiada satu
pendekatan yang universal dalam menyelesaikan masalah.
2. KENALPASTI
MASALAH
Perkara pertama
yang dilakukan dalam meyelesaikan masalah ialah dengan menyatakan masalah
tersebut. Ini dilakukan supaya semua yang terlibat dalam mencari penyelesaian
kepada masalah mendapat maklumat sebenar dan kefahaman tentang perkara yang
perlu dilakukan.
Pertimbangkan
persoalan di bawah :
·
Apakah permasalahannya?
·
Adakah ia masalah saya?
·
Adakah saya mampu menyelesaikannya? Adakah
berbaloi untuk diselesaikan?
·
Adakah ia masalah yang sebenar, atau ia
meru-pakan symptom untuk masalah yang lebih besar?
·
Sekiranya ia masalah lama? Di manakah kesilapan atau
kelemahan pada penyelesaian sebelum ini?
3. MENGANALISA
SEBAB-SEBAB
Sebaik sahaja masalah
dikenalpasti, seterusnya perlu menganalisa penyebabnya.
·
Apakah sebab atau sebab-sebab kepada
permasalahan tersebut?
4. MEMBINA
PENYELESAIAN ALTERNATIF
Sebaik sahajasemua
penyelesaian alternative disenaraikan, perlu ada sikap terbuka kepada setiap
kemungkinan. Berikan tumpuan kepada :
·
Perlu lebih maklumat need more information
·
Penyelesaian yang baru
·
Boleh digabung atau dibuang
·
Akan bertemu sesuatu yang berlawanan
·
Kelihatan seperti memberi harapan atau
mengujakan
5. MEMILIH
DAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK
Adalah lebih baik
sekiranya penyelesaian terbaik dipilih berdasarkankriteria yang dtetapkan..
·
Adakah kelebihan dan kekurangan setiap
penyelesaian dikenalpasti?
Membina
perancangan untuk pelaksanaan :
·
Proses langkah demi langkah atau tindakan dalam
menyelesaikan masalah
·
Mengenalpasti sumber/peruntukan
·
Jangka masa pelaksanaan
6 . MENILAI
KESAN SESUATU PENYELESAIAN
Peringkat terakhir
dalam menyelesaikan masalah ialah menilai kesan penyelesaiannya. Ini bermaksud
mengumpul maklumat sejauh mana penyelesaian itu dapat dilaksanakan. Penilaian
penyelesaian berguna sama ada kesimpulannya positif atau negatif. Maklum balas
yang menyatakan ia adalah penyelesaian yang terbaik menunjukkan bahawa
keputusan itu perlu diteruskan dan mungkin digunakan di tempat lain dalam
organisasi.
No comments:
Post a Comment