1. DEFINISI MATLAMAT
Matlamat ialah keadaan di mana sesuatu perancangan perlu dicapai. Ia juga merujuk kepada hasil yang dicapai apabila sesuatu perlakuan dapat diselesaikan.
1.1 Menetapkan Matlamat yang Berkesan
Garis panduan berikut bersesuaian dengan menetapkan matlamat yang efektif.
a. Pernyataan positif : Nyatakan matlamat anda secara positif : “Laksanakan teknik ini dengan baik” adalah lebih baik daripada “Jangan lakukan kesilapan yang kurang bijak”.
b. Memastikan ketetapan : Sesuatu pencapaian akan boleh diukur jika anda menetapkan matlamat yang tepat dan meletakkan tarikh, masa serta jumlah. Dengan itu anda akan tahu jika ianya telah tercapai.
c. Menetapkan Keutamaan : Tetapkan keutamaan kepada setiap matlamat anda. Ini akan membantu mengelak perasaan terbeban dengan matlamat yang terlalu banyak, dan membantu anda menjadi lebih focus pada matlamat yang lebih penting.
d. Mencatat matlamat untuk mengelakkan kekeliruan dan memberikan mereka keutamaan yang lebih.
e. Memastikan jumlah matlamat operasi adalah kecil : Pastikan matlamat yang sedang anda usaha adalah kecil dan boleh dicapai.
1.2 Menetapkan Prestasi, bukannya Hasil Matlamat
v Anda harus berhati hati untuk menetapkan matlamat dimana anda mempunyai kawalan yang sangat maksimum dan tidak ada yang lebih melemahkan semangat selain dari kegagalan untuk mencapai matlamat peribadi.
v Jika anda menetapkan matlamat prestasi anda untuk mencapai masa yang tertentu, maka anda akan mencapai matlamat dan boleh berpuas hati dan menjadi yakin diri hasil dari pencapaian tersebut.
1.3 Menetapkan matlamat khusus
v Jika anda mencapai semua syarat matlamat tersebut, maka anda boleh berasa yakin dan selesa dengan pencapaian tersebut.
1.4 Menetapkan matlamat yang realistic
Penetapan matlamat yang tidak realistic mungkin berlaku atas sebab-sebab berikut :
§ Orang lain
§ Maklumat yang tidak mencukupi
§ Sentiasa mengharap prestasi terbaik
§ Kurang rasa hormat terhadap diri sendiri
1.5 Menetapkan matlamat yang terlalu rendah
· Matlamat boleh ditetapkan terlalu rendah kerana:
v Perasaan takut atau kegagalan
v Mengambil jalan mudah
1.6 Menetapkan matlamat tahap yang betul
v Ia adalah kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman.
v Anda perlu mendapatkan matlamat yang boleh dicapai
v Perlu menyedari bahawa tanggapan sesuatu matlamat itu tidak realistic adalah tidak betul sama sekali.
v Faktor peribadi seperti keletihan, komitmen lain dan keperluan untuk berehat perlu di ambil perhatian apabila sesuatu matlamat ditetapkan.
1.7 Memikirkan matlamat secara terperinci
Apabila anda memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamat, anda perlu menganjukan soalan berikut agar dapat membantu anda untuk memberi tumpuan kepada sub-matlamat yang lain
Ø Apakah kemahiran yang saya perlukan untuk mencapai matlamat ini?
Ø Apakah maklumat dan pengetahuan yang saya perlukan?
Ø Apakah bantuan atau kerjasama yang saya perlukan?
Ø Apakah sumber yang saya perlukan?
Ø Apakah yang boleh menghalang sebuah kemajuan?
Ø Adakah saya sedang membuat andaian?
Ø Adakah terdapat cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu?
2. DEFINISI OBJEKTIF
· Objektif adalah satu kenyataan tentang apa yang akan dilakukan dan perlu dinyatakan dari segi keputusan. Bantuan mnemonic untuk menulis objektif adalah SMART (Specific, Measurable, Attainable, Result- oriented, Time-limited)
2.1 Penulisan objektif yang bermakna
Walaupun peraturan ini adalah sukar untuk dibangunkan, berikut mungkin berguna semasa menulis objektif.
ü Mulakan suatu tindakan atau pencapaian kata kerja.
ü Kenal pasti hasil tunggal utama bagi setiap objektif
ü Nyatakan anggaran tarikh siap
ü Pastikan matlamat yang ditetapkan adalah suatu yang boleh dikawal
ü Untuk menguji kesahihan matlamat SMART, Tanya diri anda soalan soalan berikut:
Ø S = Apakah matlamat saya yang sebenarnya?
Ø M = Apakah bentuk kerja yang baik?
Ø A = Adakah matlamat saya boleh dicapai?
Ø R = Adakah matlamat saya bermakna?
Ø T = Adakah matlamat saya boleh dikesan?
Persamaan berikut mungkin berguna dalam penulisan objektif :
OBJEKTIF : Untuk ( + kata kerja + penetapan matlamat + tarikh lahir
No comments:
Post a Comment