1. DEFINISI
SISTEM
Sistem adalah satu
set entiti, sama ada yang boleh dilihat atau abstrak. Objek yang tidak punya
hubung kait dengan mana-mana elemen lain adalah bukan sebahagian daripada
system, tetapi merupakan sebahagian daripada persekitaran sistem.
Subsistem pula
adalah elemen-elemen yang juga merupakan system, dan adalah sebahagian daripada
keseluruhan system. Sistem juga merujuk kepada rangka kerja, sama ada perisian
atau perkakasan.
2. SISTEM
TEORI
Pendekatan klasik
secara keseluruhannya telah dikritik kerana ianya :
I.
Mengabaikan hubungan antara organisasi dan
persekitaran luar
II.
Menekankan satu aspek organisasi atau pekerja
dengan mengorbankan pertimbangan lain.
3. JENIS
REKA BENTUK SISTEM
§
Sistem Pembuatan
§
Sistem Sosial
§
Sistem Teknologi Maklumat dan Perisian
§
Sistem Kolaboratif (spt Internet, system
pengangkutan pintar dan gabungan system pertahanan udara)
3.1
Kejuruteraan Sistem
Kejuruteraan system merupakan satu pendekatan yang
menggabungkan beberapa elemen dan bertujuan untuk merealisasikan suatu system
yang berjaya.
3.2
Sistem sains
Ia merupakan satu terminologi yang telah digunakan
semenjak 1960an yang merujuk kepada bidang sains yang meliputi teori system,
sibernetik dan sains system kompleks.
3.3
Sistem dalam Sains Komputer dan Maklumat
Sesuatu system juga boleh menjadi satu kaedah atau
algoritma. Sebagai contoh : terdapat system mengira, menggunakan angka Roman,
pelbagai system penyusunan kertas atau katalog, dan pelbagai system
perpustakaan contohnya system perpuluhan dewey. Sistem ini juga boleh digunakan
untuk merujuk kepada rangka kerja, sama ada, perisian atau perkakasan, yang
direka untuk membolehkan program-program perisian dijalankan.
3.4
Sistem Pemikiran
Ia merupakan corak pemikiran dan penyelesaian masalah. Ianya
bermula dengan mengenal pasti sifat-sifat system dalam permasalahan yang
diberi.
No comments:
Post a Comment