Monday, 2 November 2015

Employability Skills Modul 10 : Pengurusan sistem

     1.       DEFINISI SISTEM
Sistem adalah satu set entiti, sama ada yang boleh dilihat atau abstrak. Objek yang tidak punya hubung kait dengan mana-mana elemen lain adalah bukan sebahagian daripada system, tetapi merupakan sebahagian daripada persekitaran sistem.
Subsistem pula adalah elemen-elemen yang juga merupakan system, dan adalah sebahagian daripada keseluruhan system. Sistem juga merujuk kepada rangka kerja, sama ada perisian atau perkakasan.
                             
     2.       SISTEM TEORI
Pendekatan klasik secara keseluruhannya telah dikritik kerana ianya :
                                I.            Mengabaikan hubungan antara organisasi dan persekitaran luar
                              II.            Menekankan satu aspek organisasi atau pekerja dengan mengorbankan pertimbangan lain.

     3.       JENIS REKA BENTUK SISTEM
§  Sistem Pembuatan
§  Sistem Sosial
§  Sistem Teknologi Maklumat dan Perisian
§  Sistem Kolaboratif (spt Internet, system pengangkutan pintar dan gabungan system pertahanan udara)

3.1   Kejuruteraan Sistem
Kejuruteraan system merupakan satu pendekatan yang menggabungkan beberapa elemen dan bertujuan untuk merealisasikan suatu system yang berjaya.

3.2   Sistem sains
Ia merupakan satu terminologi yang telah digunakan semenjak 1960an yang merujuk kepada bidang sains yang meliputi teori system, sibernetik dan sains system kompleks.

3.3   Sistem dalam Sains Komputer dan Maklumat
Sesuatu system juga boleh menjadi satu kaedah atau algoritma. Sebagai contoh : terdapat system mengira, menggunakan angka Roman, pelbagai system penyusunan kertas atau katalog, dan pelbagai system perpustakaan contohnya system perpuluhan dewey. Sistem ini juga boleh digunakan untuk merujuk kepada rangka kerja, sama ada, perisian atau perkakasan, yang direka untuk membolehkan program-program perisian dijalankan.

3.4   Sistem Pemikiran
Ia merupakan corak pemikiran dan penyelesaian masalah. Ianya bermula dengan mengenal pasti sifat-sifat system dalam permasalahan yang diberi.