Monday, 5 May 2014

Tanda-tanda jangkitan virus komputer.

Bagaimana kita ingin tahu komputer kita terkena virus? Di sini ada tanda-tanda jangkitan virus komputer ialah:

  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan sering berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka akan menjadi terlalu perlahan.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang secara tiba-tiba. 
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh meng'install' sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Program utility Windows seperti Scan Disk menunjukkan banyak error pada hard disk selepas melakukan imbasan.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi hard disk, CD-ROM dan disket tiba-tiba sahaja hilang.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment